21 Mei- Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Mei 2024 di Grand Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, telah menyampaikan amanat beliau kepada semua penjawat awam negeri Melaka yang hadir pada hari ini.
Hadir sama barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Pegawai Kewangan Negeri menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negerhi Melaka , YB Datuk Salhah binti Salleh, Ketua-ketua agensi, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-Ketua jabatan dan Pegawai kanan MBMB.
YBhg. Datuk Bandar turut menerima plak Anugerah Emas bagi Anugerah Integriti , Governans dan Antirasuah (AIGA) tahun 2023 daripada YAB Ketua Menteri Melaka. Turut berlangsung pelancaran aplikasi telegram Kerajaan Negeri Melaka .