24 Februari -Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Februari 2025 telah berlangsung di Grand Ballroom, MITC, Ayer Keroh.
Amanat telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dengan 8 fokus penting penjawat awam. Hadir sama, YB Datuk Wira Hj. Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato' Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, serta para penjawat awam Negeri Melaka.Turut berlangsung Majlis Peluncuran Kempen Promosi dan Program Sempena World Tourism Day 2025.




