
10 Februari - Seterusnya, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Permainan Kanak-kanak Taman 1 Krubong sempena Karnival Demi Paya Rumput . Taman permainan ini telah dinaiktaraf bagi memberikan keselesaan kepada kanak-kanak untuk bermain dengan selamat di samping sebagai tempat riadah sekeluarga. Hadir sama YBhg. Datuk Hj.Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar, MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB serta wakil agensi. Tn. Hj. Moahzam bin Asari , Pengarah Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB turut memberikan taklimat ringkas berkaitan projek naiktaraf taman permainan ini.


