

27 April - Program Seni dan Suhu: Sedar, Lindung dan Bertindak! Bersama komuniti bagi kesedaran iklim melalui inisiatif pembangunan Urban Climate Resilience Program (UCRP) Resilient for Communities telah diadakan di Rumah Pangsa Pantai Peringgit.
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Pengkalan Batu, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Cik Nini Purwajati, Lead, Programs & Knowledge, Resilient Cities Network (RCities), Clr. Muhamad Najmi, Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta komuniti sekitar.
Pelbagai program telah diadakan di samping memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang pentingnya menjaga alam sekitar demi masa depan yang Lestari.


