MBMB 16 Januari - Majlis Perasmian Program Hari Terbuka Bersama Pengurusan Sumber Manusia MBMB telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah menyempurnakan majlis ini.
Hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB , Ketua-ketua Jabatan , Pegawai-pegawai Kanan serta anggota MBMB. Antara pengisian program adalah ceramah berkaitan pengurusan cuti, tatatertib serta penyemakan rekod perkhidmatan MBMB.