Majlis Perasmian Penutup Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi DUN Pengkalan Batu telah diadakan di Perkarangan Melaka Sentral

23 Februari - Majlis Perasmian Penutup Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi DUN Pengkalan Batu telah diadakan di Perkarangan Melaka Sentral.

Program ini disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Hadir sama, YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti serta Dif-Dif kehormat dan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.

Pelbagai pengisian program sejak awal pagi di mana Program Senam Seni 2.0 telah diadakan beserta Brisk Walk langkah Satria. Seterusnya beliau bergerak ke MBMB SDG Park, Plaza Melaka Sentral dan mengadakan lawatan ke Program Captain Cruise bersama Sekolah Kebangsaan Peringgit serta gimik penyerahan River Guardian Boat daripada UTEM kepada PPSPM sempena Program Kelestarian Sungai Melaka. 

Beliau seterusnya bergerak ke Memorial Tun Abdul Ghaffar Baba dan meluangkan masa menziarahi pesakit telantar di Kampung Peringgit. Lawatan turut diadakan di sekitar kawasan tersebut bagi sesi menampal sticker Kampung Digital. Program berakhir di Perkarangan Melaka Sentral bagi acara Hari Bertemu Rakyat dan beliau turut mengunjungi reruai agensi yang terlibat. MBMB turut membuka kaunter aduan bagi sebarang isu dan permasalahan di kawasan pentadbiran MBMB.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410996

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY