

3 Mei - Majlis Perasmian Malaysia Midnight Sale telah diadakan di Mahkota Parade, Melaka.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Zaidi bin Atan, Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni Dan Budaya Negeri Melaka. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta wakil agensi Negeri Melaka.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pemain industri yang menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negeri Melaka. Program Malaysia Midnight Sale ini merupakan edisi ketiga selepas kejayaan penganjuran di Johor Bahru dan Sarawak.


