Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Hadir sama timbalannya, YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB merangkap Presiden MALA, Datuk Bandar dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan satu Malaysia.
Sebanyak 57 kontinjen sukan daripada PBT yang turut serta dalam karnival Sukan MALA ini di mana 4 acara dipertandingkan iaitu hoki 7 sebelah, dart, sepak takraw dan futsal yang dianjurkan oleh keempat-empat PBT Negeri Melaka.
Selamat maju jaya kepada semua kontinjen sukan yang bertanding.