BANDA HILIR 20 Februari - Majlis Perasmian Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 bersama tetamu kehormat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bertempat di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Bandar Hilir, Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersama YABhg. Toh Puan Datuk Wira Hjh. Asmah binti Abdul Rahman selaku tetamu kehormat pada malam ini turut hadir memeriahkan hari yang penuh bersejarah ini.
Lebih istimewa, sambutan malam ini yang menampilkan persembahan nyanyian, pementasan muzikal serta persembahan “Malam Aneka Warna dihadiri oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang turut membaca Watikah Kemerdekaan yang pernah dibacakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada 20 Februari 1956.