DATARAN BANDARAYA 12 Januari - Majlis Perasmian Environment Sensor Station-15 dan Melaka Touch Point Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, rakan-rakan strategik serta warga kerja Petron yang turut bersama-sama membantu mempromosikan Sistem i-Trafik MBMB. ESS-15 dipasang di 12 DUN iaitu 14 lokasi di dalam kawasan pentadbiran MBMB bagi tujuan cerapan data kualiti udara alam sekitar.