
13 Februari - Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Sungai Jeram, Daerah Melaka Tengah pada pagi ini . Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan , Kerajaan Tempatan, Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput. Hadir sama Tn. Ir. Mohd Adnan bin Ahmad Fauzi , Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Ahli-ahli Majlis MBMB , serta Setiausaha JAPERUN Paya Rumput. Denai ini adalah bertujuan memelihara kelestarian sungai dan mengurangkan pencemaran sungai .


