19 Februari - Majlis Penutup National Heritage Conference sempena Memperingati Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Hadir sama, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, YBhg. Datin TPr.Noraida binti Saludin, Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia, YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, ahli-ahli Majlis MBMB, Ketua-ketua jabatan serta para peserta persidangan.
Dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar setiap dari agensi bersama-sama pihak kerajaan Negeri dalam memelihara dan memulihara aset warisan negara.
Terdahulu, telah berlangsung Mayor’s Talk oleh 3 orang Datuk Bandar iaitu dari Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang membincangkan inisiatif dan strategi PBT masing-masing dalam mengekalkan elemen warisan di negeri mereka.




