
25 Januari - Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK3/2025 berlangsung dengan cukup meriah di Persiaran Encore, Melaka. Majlis ini dimulakan dengan acara pembukaan demonstrasi yang memaparkan aksi yang mendebarkan para pengunjung. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Hadir sama menyempurnakan watikah dan penganugerahan beret hijau YBhg. Mej Jeneral Dato’ Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya , Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta Ketua jabatan dan unit MBMB. Tahniah kepada 8 orang pegawai dan 42 orang anggota lain-lain pangkat yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Komando yang telah berlangsung selama 3 bulan!


