
20 Januari - Majlis Penghargaan Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah , Pn. Hjh. Normala binti Abdul Aziz, Pengarah Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB. Hadir meraikan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua jabatan dan unit serta Pegawai kanan MBMB. Pn Hjh Normala telah berkhidmat selama 35 tahun 9 bulan di MBMB. Selamat bersara diucapkan kepada beliau. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan sentiasa.


