22 Februari - Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) Perdana MBMB, 100 tan Kilogram, Komuniti Lestari telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Hadir sama Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB serta Timbalannya Clr. Zamani bin Md. Isa, ketua-ketua jabatan serta wakil rakan strategik MBMB.
Turut hadir, Tuan Nor Zaki bin Md Nor, Pengarah SW Corp Negeri Melaka, wakil SWM Environment Negeri Melaka, wakil Jabatan Agama Islam Melaka, wakil Kementerian Dalam Negeri, Meriahtek (M) Sdn Bhd, ArusV Greentech, Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, dan Evergreen Oil & Tech yang menerima sijil penghargaan daripada YB Datuk Rais.
Beliau turut menyampaikan mock cheque serta wang tunai kepada anak-anak yang menyertai Pertandingan Mewarna.
Berikut merupakan sisa kitar semula yang dikutip pada hari ini.
- Tetrapak dan botol kaca:329kg
- Yasin dan buku agama:398 kg
- Al-Quran:94.95kg
- Sisa makanan:97kg
- Minyak:5694kg
- Fabrik:4694kg
- E-waste:1995kg
- 3R: 6388 kg
Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 19,690 kg.




