4 Jun - Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Melaka bagi Penggal Ke-2 telah diadakan di Encore Melaka.
Kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ditemani isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman. Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka,YB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-12; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; dan YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-Ketua Jabatan MBMB.
Semoga Tun Seri Setia seisi keluarga dilimpahi rahmah, dan afiat usia berpanjangan.