
25 April - Majlis Makan Malam Rasmi 30th EAROPH World Congress 2026 telah berlangsung cukup meriah di Perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Majlis yang penuh gilang gemilang ini disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran , Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir YB Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan merangkap Presiden EAROPH, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Datin TPr. Mazrina binti Khalid , Secretary General EAROPH , delegasi EAROPH , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya , ketua-ketua agensi negeri dan persekutuan, ketua jabata dan unit MBMB.
Turut diadakan penyampaian anugerah bagi Karnival ICT MBMB bagi Pertandingan ROBORACE : URBAN CLEANUP MISSION , Minecraft Build Battle dan Debat Transformasi Digital . Tahniah kepada semua pemenang!!!
Kemuncak majlis turut menyaksikan gimik persembahan laser dan bunga api khas sempena 30th EAROPH World Congress 2026.


