
20 April - Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah dan delegasi Jabatan Kerajaan Tempatan , KPKT telah diadakan di Kafe Terapung , Mendam Berahi.
YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT bersama delegasi menikmati hidangan makan malam sambil dihiburkan oleh persembahan nyanyian . Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta ketua-ketua jabatan dan unit MBMB.
Datuk Bandar turut menyampaikan cendera kenangan kepada YBhg. Dato’ KP JKT.


