

28 April - Telah berlangsung Majlis Kesyukuran Untuk Meraikan Duyufurrahman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi tahun 2025 di Auditorium, MBMB.
Hadir menyampaikan amanat beliau YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Seramai 6 orang anggota MBMB yang bakal mengerjakan ibadah haji iaitu:
1. Pn. Nabila Binti Mohd Yasin (Jabatan Kawalan Bangunan)
2. Pn. Nor Hatika Binti Musa (Unit Inovasi)
3. En. Ahmad Radzi Bin Lizan (Jabatan Penguatkuasaan)
4. En. Ahmad Faizal bin Mohamad (Jabatan Kejuruteraan)
5. Pn.Aimi Amirah Binti Ab Jais (Jabatan Teknologi Maklumat)
6. Pn. Normala Binti Abdul Aziz (Pengarah Pelesenan Dan Kesihatan Persekitaran)
Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan serta anggota yang diraikan.
Semoga semua anggota MBMB bakal haji dan hajah yang diraikan, dipermudahkan urusan dan mendapat haji mabrur


