
29 April – Majlis Kesyukuran Dan Meraikan Duyufurrahman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan MBMB.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut diraikan ialah anggota MBMB yang bakal mengerjakan ibadah haji, iaitu En. Zulkifli bin Zakaria dari Jabatan Penguatkuasaan MBMB.
Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta ketua-ketua jabatan dan unit.
Semoga beliau dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan haji yang mabrur.


