

24 April - Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Peringkat DUN Duyong sempena sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Madrasah Ummul Qura’ Taman Seri Duyong.
Hadir sama YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr Abd Razak bin Abu, Ahli Majlis MBMB serta anggota Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB.
Turut diadakan penyampaian sumbangan bernilai RM2,000 kepada pihak madrasah. Semoga seluruh warga bandaraya diberikan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.


