

10 April - Telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Peringkat DUN di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah. Majlis ini berjalan serentak di 9 masjid dan surau di bawah DUN masing-masing.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB hadir ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Tanah Merah Jaya bagi bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Hadir sama, YB Puan Tuminah binti Kadi, ADUN Pantai Kundor, Ahli Majlis kawasan Clr. En. Mohd Faizal bin Md. Zali, Pengarah serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penguatkuasaan Hasil MBMB serta penduduk sekitar. Semoga seluruh warga bandaraya diberikan kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusan.


