Majlis Kesyukuran & Bacaan Yasin Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah

 

Picture44Picture44.1

15 April - Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah telah berlangsung di Masjid Al-Aminin, Batang Tiga, Klebang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Hadir sama YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YAB Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang, Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB dan muslimin muslimat. Bacaan yasin diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada Masjid Al-Aminin, Sekolah Rendah Arab JAIM Batang Tiga dan Pondok Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah dan pelajar-pelajar sekolah pondok tersebut.

Semoga seluruh rakyat Negeri Melaka diberikan kesejahteraan dan dimudahkan segala urusan seharian.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410997

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY