Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 1/ 2026.

 

Picture21

 

13 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah pada pagi ini bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 1/ 2026. Majlis dimulai dengan Ceramah Integriti bertajuk Arahan Pegawai Atasan Vs Tanggungjawab Peribadi yang telah disampaikan oleh PKPs Sheikh Mohd Hilmi Bin Sheikh Abdul Halim, Penolong Kanan Penguasa, SPRM Negeri Melaka. Seterusnya , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB mengetuai Ikrar Bebas Rasuah dan diikuti oleh semua anggota MBMB. Hadir sama YBhg. Datuk Adi Supian bin Shafie, Pengarah SPRM Melaka, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan unit serta semua anggota MBMB. Turut diadakan penyerahan Ikrar Bebas Rasuah daripada Pengarah SPRM Negeri Melaka kepada Pengurusan Tertinggi MBMB.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Januari 2026.
Jumlah Pelawat
04466447

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY