19 Februari - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2025 telah diadakan di Dewang Taming Sari, MBMB anjuran Kelas Agama dan Motivasi MBMB.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj, Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Mengetuai bacaan yasin adalah Imam Hj Abdul Rashid Bin Hj Abdul Rahman, Imam 1 Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama. Hadir sama Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB, ahli-ahli majlis dan ketua-ketua jabatan MBMB serta anggota MBMB.
Turut diadakan penyampaian sedikit cenderahati kepada anggota MBMB yang mengetuai bacaan doa setiap pagi sebelum memulakan tugas. Semoga majlis ini diberkati dan seluruh anggota MBMB dipermudahkan urusan sentiasa.




