GRAHA MAKMUR 29 Februari - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana 2024 telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. En Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya , Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MBMB.
Majlis bacaan yasin ini telah dipimpin oleh Imam Hj. Abd. Rashid bin Hj. Abdul Rahman. Turut berlangsung majlis penyampaian cenderahati kepada anggota MBMB yang menjadi imam bagi Program Solat Dhuha yang diadakan pada setiap hari Isnin bertempat di Surau MBMB.