

17 Mei - Satu lagi Lawatan Tapak sempena Majlis Pra Peluncuran World Tourism Day 2025 dan Sambutan Hari Warisan Dunia bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka telah diadakan di sekitar Zon Bebas Kenderaan @ Banda Hilir, Melaka sambil meninjau suasana dan kemeriahan di Zon Bebas Kenderaan @ Banda Hilir.
Hadir sama YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB dan agensi-agensi yang terlibat.
Semoga majlis pra peluncuran bagi World Tourism Day 2025 dan Sambutan Hari Warisan Dunia yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


