17 Februari - Lawatan tapak sempena Majlis Perasmian Jejantas Tun Teja telah diadakan di Perkarangan Parkir Melaka Sentral. 17 Februari - Lawatan tapak sempena Majlis Perasmian Jejantas Tun Teja telah diadakan di Perkarangan Parkir Melaka Sentral.
Lawatan ini diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. Juhari bin Ahmad Salleh, Ahli Majlis MBMB, Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB, Ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan MBMB serta wakil kontraktor.
Jejantas ikonik yang diberi nafas baharu ini akan dirasmikan pada 21 Februari 2025 jam 8.00 malam. Semua warga bandaraya dijemput hadir!




