

9 April - Telah berlangsung Lawatan Tapak sempena Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah di Masjid Al-Aminin, Klebang. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman mengetuai lawatan tapak ini bagi penyelarasan tugasan setiap agensi yang terlibat.
Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta wakil agensi yang terlibat. Majlis Bacaan Yasin Perdana ini akan diadakan pada 15 April 2025 jam 6.00 petang dan akan dihadiri oleh tetamu kehormat Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Muslimin dan muslimat dijemput hadir mengimarahkan majlis ini.


