7 Mac - Lawatan Tapak bagi Program Iftar Santai bersama YAB Ketua Menteri Melaka yang akan diadakan pada 15 Mac ini telah diadakan di sekitar Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.
Turut diadakan lawatan tapak bagi Majlis Perasmian Bilik Rehat P-Hailing di Dataran Pahlawan bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penghantar makanan.
Lawatan tapak ini diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan MBMB, wakil agensi serta wakil penghantar makanan GRAB.




