
23 April - Satu Lawatan Tapak Bagi Pembinaan Galeri Geopark Melaka telah diadakan di sekitar Banda Hilir, Melaka.
Lawatan tapak ini diketuai oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya Negeri Melaka .
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) , ACP Christopher Patit, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Pn. Erne binti Hamsah, Pengurus Besar PERZIM , serta wakil-wakil agensi.
Beberapa lokasi dikenalpasti bagi membangunkan Galeri Geopark bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan tinggalan sejarah di negeri Melaka.


