
26 Julai - Sekitar lawatan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke Sungai Melaka bagi melihat persiapan Negeri Melaka menjelang sambutan World Tourism Day dan World Tourism Conference pada bulan September ini. Beliau turut berkesempatan ke Hard Rock Cafe Melaka bagi Majlis Pelancaran T-Shirt khas Melaka River Cruise dan Hard Rock Cafe Melaka sempena Ulang Tahun ke-20.
Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum , Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj. Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya , YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Tan Sri Dato Sri d Yusof Syed Nasir; Shaharul Azuar bin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka; Dave Sidhu, Pengurus Besar Hard Rock Cafe Melaka serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB .
Turut dilancarkan Pakej Cruise Rock The River Dengan Kerjasama Hard Rock Cafe Shirt Edisi Khas sempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 ini yang akan dijual pada harga RM179 ringgit sehelai.


