GRAHA MAKMUR 8 Mac - Lawatan Kerja Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Bilik Gerakan, MBMB. Delegasi lawatan seramai 11 orang yang diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria,Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan ) ini adalah bertujuan berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan Car Free Zone di negeri Melaka. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB telah menyampaikan taklimat berkaitan Car Free Zone dan Pengurusan Beca dalam kawasan pelancongan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.