
6 Februari - Lawatan Kerja Majlis Daerah Machang ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar MBMB. Delegasi seramai 4 orang ini diketuai oleh YBrs. En. Mohd Zamri bin Ibrahim, Yang Dipertua MD Machang dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Ts. Adi Asharie bin Sani, Pengarah Teknologi Maklumat. Sesi ini berkaitan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik sistem PBTPay .


