23 Mei - Telah berlangsung Lawatan Kerja dari delegasi Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah . Seterusnya, lawatan tapak di sekitar bangunan MBMB dan Bilik Kawalan SPiKTRA-M bagi melihat projek inovasi MBMB.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah JWP ( Perancangan dan Pembangunan ) bersama-sama 13 orang delegasi. Antara projek inovasi yang dilawati adalah Melaka Touch Point di Dataran MBMB, ESS-15, Kiosk
Drive-Thru, projek Smart Grid, smart mobility iaitu motor elektrik dan dashboard i-Trafik.
Semoga sesi perkongsian maklumat ini mendapat manfaat kedua-dua pihak.