

14 April - Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah bagi Ketua Jabatan dan Ketua Unit Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah diadakan bertempat Pejabat SPRM, Alai.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta ketua-ketua jabatan dan unit. Penceramah yang diundang adalah En. Aznirul Fariz bin Alwi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas (ULKAN & OK), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Kursus ini memberi penerangan yang jelas kepada semua ketua-ketua jabatan dan unit tentang bentuk-bentuk kesalahan rasuah, kesan-kesan buruk jenayah rasuah serta langkah-langkah pencegahan. Semoga integriti serta budaya ‘benci rasuah’ dapat disemat di dalam jiwa setiap masa.


