
18 Julai - Pihak Melaka Football Club telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Encik Ng Kok Guan, COO Melaka Fan Club telah hadir sebagai wakil bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Hadir sama, Clr. En. Muhammad Najmi bin Mohd Nordin, Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, En. Hafiz bin Hj. Hasan, Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti serta pegawai-pegawai yang terlibat.


