

24 April - Satu kunjungan hormat dari Delegasi Kelab Pemotoran Berdaftar di Malaysia, Kelab HRV Malaysia (HCM) telah dijalankan di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Hubungan selama 2 tahun ini terjalin sejak Tahun 2024 bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ketika kelab pemotoran ini terlibat sama secara rasmi dalam Operasi Bebas MBMB.
Perjumpaan kali ini membincangkan kerjasama yang bakal terjalin apabila Kelab Pemotoran ini bakal mengadakan Sambutan Ulangtahun Penubuhan Kelab tersebut ke 7 Tahun yang akan berlangsung di Hotel Grand Swiss-Bel Jalan Hang Tuah Melaka pada 31 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025.
Turut hadir kunjungan hormat adalah Presiden Kelab HRV Malaysia, Saudara Noor Azran Bin Nordin dan Saudara Sazlee Bin Jarani, Ketua Biro persatuan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab HRV Malaysia (HCM) dan semoga hubungan yang terjalin bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan lebih 1000 ahli berdaftar Kelab HRV Malaysia dapat diteruskan dengan erat pada tahun mendatang.


