5 Mac – Kolej UNITAR Melaka telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, bertempat di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi telah diketuai oleh Pn. Mazvin binti Jahabardeen, Ketua Eksekutif UNITAR Melaka. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara pihak kolej dan MBMB khususnya dalam bidang pendidikan, latihan industri, pembangunan modal insan serta program komuniti yang dapat memberi manfaat kepada warga bandaraya Melaka.
Adalah diharapkan pertemuan ini menjadi platform kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan pendidikan dan komuniti yang lebih progresif di Melaka.



