4 Mac - Kunjung Hormat dan Perbincangan Jalinan Kerjasama antara Human Resource Development Corporation (HRD Corp) Melaka ke YBhg. Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi seramai 3 orang ini diketuai oleh Shereen Tan Tze Yee, Pengurus HRD Corp. Hadir sama Pn. Normala Binti Abd Aziz, Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB, serta pegawai-pegawai kanan MBMB.




