25 Mac - Majlis Perasmian Tarcor Park di Klebang telah diadakan pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Hadir sama YB Dato' Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, barisan ahli EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, ketua-ketua jabatan MBMB serta pegawai-pegawai kanan MBMB.
Tarcor Park menempatkan kemudahan pusat membeli belah dalam suasana yang moden serta terdapat pelbagai kafe francais yang menjanjikan pengalaman yang menarik kepada pengunjung yang hadir.




