
12 Februari – Telah berlangsung Kempen Op Selamat 25 Sempena Tahun Baharu Cina 2026 Negeri Melaka anjuran bersama Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik PDRM dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bertempat di Dataran Bandaraya MBMB. Op Selamat ini akan bermula pada 15-20 Februari 2026 serentak seluruh Malaysia. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan keselamatan jalan raya, mengurangkan kadar kemalangan semasa musim perayaan serta memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh perayaan. Hadir merasmikan kempen ini adalah YBhg. Datuk Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka. Hadir sama Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Puan Siti Zarina binti Mohd Yusop, Pengarah JPJ Melaka, Dr. Azlan bin Darus, wakil Perkeso serta agensi-agensi yang terlibat. Turut diadakan tarian singa, konvoi gabungan agensi penguatkuasaan serta edaran goodies kepada orang awam.


