
12 Mac - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dengan kerjasama Ames Hotel Melaka mengadakan Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 1446H, pada hari ini di Dataran Bandaraya MBMB.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama-sama DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka hadir menyantuni orang ramai sambil mengedarkan bubur lambuk secara percuma. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-Ketua Jabatan MBMB.
Menerusi Kempen Rumah Selamat ini, orang ramai turut diberikan risalah berkaitan keselamatan serta pencegahan jenayah bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada orang ramai berkaitan langkah-langkah keselamatan terhadap kediaman sempena musim cuti perayaan tidak lama lagi.


