
11 Oktober - Zon Bebas Kenderaan @Banda Hilir terus menjadi pilihan kunjungan orang ramai yang hadir ke bandaraya Melaka pada malam minggu.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut meluangkan masa beliau menyantuni orang ramai dan menyaksikan persembahan daripada Kombo MBMB.
Unit Berkuda Pelancongan MBMB juga turut menjadi tumpuan orang ramai di kawasan sekitar tersebut yang bertujuan menjaga keselamatan serta beramah mesra dengan orang awam.
Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, serta ketua-ketua jabatan MBMB.


