
14 Mac - Program Iftar Santai Bersama Komuniti telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB dengan penyertaan orang awam dan warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Hadir menyantuni orang awam ialah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-ketua Jabatan dan Unit MBMB.
MBMB turut menyediakan juadah berbuka puasa yang turut diagihkan kepada warga bandaraya yang hadir.
Program ini mencerminkan komitmen MBMB yang menjadi platform merapatkan hubungan antara pihak MBMB dan komuniti setempat di samping mengimarahkan bulan Ramadan melalui semangat kebersamaan dan ukhuwah.


