
26 April - Hari terakhir 30th EAROPH World Congress 2026 dipenuhi aktiviti Technical Tour Melaka City di mana para peserta dan delegasi dibawa ke sekitar Banda Hilir.
Para peserta kongres bergambar kenangan di Pentas Jonker Walk, Jalan Hang Jebat. Seterusnya melalui Jalan Tokong dan Jalan Tukang Emas serta dibawa melawat ke masjid, tokong dan kuil sebagai tempat suci masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama.
Seterusnya, delegasi dibawa ke Jalan Hang Kasturi di mana mereka berpeluang membeli belah souvenir sebagai tanda kenangan dari negeri Melaka. Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya yang turut menyantuni para delegasi dan makan tengahari di Rumah Belanda.


