
11 Oktober - Telah berlangsung flag-off peserta Konvoi Permotoran BMW Motorrad Sempena Deepavali Charity Ride di Dataran Bandaraya, MBMB.
Flag-off peserta konvoi ini disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB yang turut bersama-sama menyertai konvoi tersebut, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Juhari bin Salleh, Ahli Majlis MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Peserta konvoi ini singgah di Pusat Jagaan Kasih Sayang Angel dan para peserta turut menyantuni anak-anak ini dengan memberikan sedikit sumbangan sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba.


