
11 Oktober - Dataran Bandaraya MBMB sekali lagi menjadi medan kelab kereta berkumpul . Kali ini giliran Mega Gathering Mercedes -AMG Club Malaysia.
Flag-off lebih 150 buah kereta Mercedes ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Clr. Tan Chin Gwan, Clr. Lui Poh Siong, Ahli Majlis MBMB.
Turut hadir Navind Kumar A. Kamalakumaran, Setiausaha Kehormat Mercedes-AMG Club Malaysia serta lebih 100 orang peserta kelab ini.


