20 Februari - Fenomena 20 Februari di mana sempena Sambutan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia kemasukan percuma ke 13 lokasi pelancongan di seluruh Negeri Melaka.
YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana turut turun padang menyantuni pengunjung yang berkunjung ke Menara Taming Sari di samping mengagihkan makanan secara percuma. Turut hadir, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meninjau dan beramah mesra dengan para pengunjung.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Pengunjung dilihat tidak melepaskan peluang memanfaatkan cuti umum Negeri Melaka ini.




