6 Mac - Edaran Bubur Lambuk dan Air Balang secara percuma sempena Ramadan 1447H diteruskan lagi di Dataran Bandaraya, MBMB.
Bubur lambuk pada petang ini ditaja oleh Jabatan Penguatkuasaan MBMB. YBhg. Datuk Hj .Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya turut hadir mengagihkan air dan bubur kepada orang awam. Hadir sama En. Mohd Irwan bin Samat, Pengarah Penguatkuasaan MBMB.



